Sunday, March 8, 2009

KerAna SaHabat

Mengikut suatu riwayat bahawasanya Uqbah bin Abi Muit selalu duduk bersama-sama Rasulullah S.A.W. Pada suatu hari, Rasulullah S.A.W. telah diundang oleh Uqbah bin Abi Muit menjadi tetamunya. Semasa jamuan dihidangkan, Rasulullah S.A.W. enggan makan makanannya, kecuali jika Uqbah mahu masuk Islam dengan mengucapkan dua kalimah syahadah. Lalu Uqbah pun segera mengucapkan syahadah. Apakala Ubai bin Khalaf yang menjadi kawan karib kepada Uqbah Bin Abi Muit mengetahui hal itu, lalu Ubai bin Khalaf pun mencaci perbuatan Uqbah itu dengan katanya :"Rupa-rupanya engkau sudah masuk agama baru!" Uqbah bin Abi Muit menjawab :"Demi Allah tidak! Cuma Muhammad itu enggan makan makanan aku, sedangkan dia berada didalam rumah aku. Aku malu kepadanya, lalu aku pun mengucapkan syahadah kepadanya" Kemudian kata Ubai pula: "Aku tidak redha kepada egkau melainkan engkau mendapatkan Muhammad, lalu pijaklah tengkuknya dan ludahlah mukanya."
Kemudian Uqbah bin Abi Mui't pun pergi mencari dan mendapati Rasulullah S.A.W ada di Darun Nadwah iaitu kelab orang-orang Islam di Mekah, sedang solat berkeadaan sujud. Lalu dilakukannyalah apa yang disuruh oleh Ubai bin Khalaf itu terhadap Rasulullah W.A.W. Maka kata Rasulullah S.A.W. :"Andainya aku temui engkau di luar kota Mekah, tak dapat tidak akan aku julang kepala kamu dengan pedang." Tidak lama selepas hijrah Rasulullah S.A.W ke Madinah, terjadilah peperangan Badar, maka Uqbah bin Abi Mui't dapat ditawan oleh tentera Islam dan Syaidina Ali diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W memenggal leher Uqbah lalu membunuhnya. Bagitu pula dengan Ubai bin Khalaf telah dapat dibunuh oleh Rasulullah S.A.W sendiri dengan tangannya yang mulia di dalam peperangan Uhud. Ubai bin Khalaf ditikam dengan tombak Rasulullah s.A.W yang menembusi tulang dadanya, tetapi tidak banyak mengeluarkan darah, bahkan darahnya membeku di dalam, lalu mengerangkah Ubai seperti seekor kerbau, sedangkan kawan-kawannya menolong mengangkatnya yang terus juga mengerang. tidak lama selepas itu, barulah Ubai bin Khalaf mati.
Maka dengan itu, Allah S.W.T. telah menurunkan ayat 28 di dalam surah Al-Furqan yang bermaksud : "Aduhai malangnya! Alangkah baiknya kalaulah aku tidak mengambil si polan itu menjadi teman!" Di dalam kisah ini, Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Seseorang itu akan dihimpunkan di dalam kumpulan agama temannya. Oleh itu, hendaklah seseorang kamu memilih siapa yang akan menjadi temannya. Riwayat dari Au Sa'id Al-Khidri ra. pula, Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Jangan engkau berkawan melainkan dengan orang yang beriman dan janganlah di benarkan makan makanan engkau melainkan orang yang bertaqwa."

No comments:

Post a Comment