Saturday, February 21, 2009

PENGERTIAN AURAT


Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah
fekah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup
atau dilindungi dari pandangan.

Di dalam Islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat Islam dibenarkan membuka
aurat dan ia hanya pada orang-orang tertentu.


PERINTAH MENUTUP AURAT



Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh Allah S.W.T dalam Surah Al-Ahzab ayat 33;

"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri
seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah
sembayang serta berikanlah zakat; dan taatilah kamu kepada Allah dan RasulNya.
Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak
menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu-wahai "ahlul bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji)."

Dari penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah
wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang, berzakat dan
perintah-perintah yang lainnya.

Dengan menutup aurat, wanita Islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh
mereka yang ingin mengambil kesempatan.

No comments:

Post a Comment